BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MAJLIS ANUGERAH PERDANA

Majlis Anugerah Perdana telah diadakan pada 19 November 2009 di SM. Sains Tuanku Jaafar. Majlis ini telah berlangsung dari pukul 8.45 - 10.30 malam.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) kita telah berjaya menerima Anugerah Kualiti dalam kategori Dokumentasi Terbaik kerana PSS telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan sepanjang tahun 2009.
Guru GPM, Pn. Ooi Sok Chin telah menerima piala dan sijil daripada pengetua kanan iaitu Pn. Hjh. Noorizan bt Abd. Latif.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PSS pada tahun 2009. Tahniah diucapkan kepada PSS.

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN BLOG PSS UNTUK GURU GPM

Bengkel ini diadakan pada 19 November 2009 di SK Tunku Kurshiah pada pukul 8.00 pagi hingga 5 petang.
Semua guru GPM dari daerah Kuala Pilah telah diminta untuk menghadiri bengkel ini. Para Guru GPM diminta untuk mengemaskinikan blog PSS di sekolah masing-masing. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Shafie b. Diron, pegawai Teknologi Pendidikan PKG Johol. .

LATIHAN PENGGUNAAN MODUL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 88 SEKOLAH BESTARI

Latihan Penggunaan Modul Pengurusan PSS ini telah diadakan di Hotel Pearl Internatioanl, KL pada 27 - 30 Oktober 2009.
Sepanjang empat hari latihan ini, para GPM sekolah bestari telah didedahkan pengetahuan seperti peranan dan fungsi PSS, pengenalan kepada modul PSS, pentadbiran sistem, modul pengkatalogan, modul sirkulasi, modul perolehan, modul patron dan OPAC.
Diharapkan para GPM dapat menggunakan modul PSS ini dalam membantu menjayakan sistem pengurusan sekolah di sekolah masing-masing.

BENGKEL DAN TAKLIMAT SISTEM IQ PSS 2009

Bengkel ini telah diadakan pada 8 Oktober 2009 (Khamis) pada 2.30 petang di Makmal Komputer SK Tunku Kurshiah, Kuala Pilah.

Penggredan PSS

Penggredan PSS SMSTJ telah dijalankan pada 18 Ogos 2009 (Selasa ) oleh En. Ramlee dari PKG Kuala Pilah. En. Ramlee telah melawat makmal komputer baru dan PSS. Beliau juga melihat semua fail yang berkaitan dengan PSS. Banyak idea telah dikemukakan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi dokumentasi dan aktiviti PSS.
Secara keseluruhannya, PSS SMSTJ telah memenuhi banyak elemen penggredan dan berjaya menjadikan pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Minggu PSS


Minggu PSS telah berlangsung dari 21-25 Julai 2009. Tujuan mengadakan Minggu PPS adalah untuk memberikan peluang kepada warga SMSTJ untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PSS.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah oleh Encik Ahmad Naim Jaafar (Pengarang "Apa Bakat Saya?") , Pameran buku , Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Ulasan Buku , Pertandingan Teka Silangkata , ‘Scrabble Competition’ , Pertandingan Power Point Dokumentasi Sekolah , Pertandingan Project Based Learning , Pertandingan Peta Minda , Pertandingan Tulisan Khat dan Pertandingan Pembaca Terbanyak.
Minggu PSS ini telah berjalan dengan berjaya dan lancar dengan kerjasama semua jawatankuasa kerja PSS dan pengawas PSS serta penglibatan pelajar-pelajar dan guru-guru SMSTJ.

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas PSS

Majlis ini telah diadakan pada 15 Julai 2009 di Gapura Ilmu pada pukul 3.30 petang. Pn. Salwati bt. Setia (GPK HEM) telah menyerahkan watikah ini kepada 30 orang pengawas PSS. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru penyelaras bilik. Pengawas PSS tahun 2009 ini disarankan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti pengurusan PSS SMSTJ. Majlis ini disudahi dengan sesi mengambil gambar.

Operasi Mencari Buku Gapura Ilmu

Operasi ini telah dijalankan pada bulan April hingga Julai 2009. Objektif operasi ini adalah untuk mencari buku Gapura Ilmu yang terletak di sekitar kawasan sekolah dan mengemaskini buku rekod Gapura Ilmu. Pelajar yang berjaya mencari buku yang dicop Gapura Ilmu akan diberi 2 mata merit per buku. Pengetua, guru, staf sokongan dan pelajar telah menyertai operasi ini. Akhirnya jumlah buku yang berjaya dikumpulkan ialah 60buah. Kerjasama semua warga SMSTJ amat dihargai oleh PSS.

Satu Keluarga Satu Buku

Kempen Satu Keluarga Satu Buku telah dijalankan pada bulan April hingga Julai 2009 di SMSTJ. Objektif kempen ini adalah untuk menambahkan bilangan buku di Gapura Ilmu / perpustakaan.
Ibu bapa pelajar amat menyokong kempen ini. PSS telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada kempen ini sebanyak RM 1870.00.
Kelas yang memberikan sumbangan yang terbanyak ialah 2 al-Farabi iaitu RM 800.00. Manakala sumbangan individu yang terbanyak ialah Azham Azizi b Jemmani dari kelas 2 al-Farabi.
PSS akan menggunakan sumbangan daripada kempen ini untuk membeli lebih banyak buku yang diminati oleh pelajar di sekolah ini.

Bengkel Pembangunan Dan Penggunaan Laman Web PSS


Bengkel ini telah diadakan pada 7 dan 8 April 2009 di Bilik Makmal SK Tunku Kurshiah pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing guru-guru Perpustakaan dan Media untuk membina blog PSS di sekolah masing-masing.
Fasilitator bengkel ini ialah En. Shafie b Diron, pegawai teknologi pendidikan PKG Johol. Manakala pegawai urus setia ialah En. Rosle b Yahya dari PKG Kuala Pilah.
Jumlah peserta bengkel ini seramai 24 orang guru iaitu 22 orang guru perempuan dan 2 orang guru lelaki dari sekolah sekitar kawasan Kuala Pilah.
Pada hari pertama, semua peserta didedahkan kepada penerangan dan pengenalan laman web (Blogger), pembukaan laman web baru dan pengisian data-data. Peserta-peserta juga dibimbing untuk menyediakan blog PSS sekolah masing-masing.
Pada hari kedua pula, pendedahan tentang teknik penggunaan HTML dan pengubahsuaian serta perbengkelan penyediaan laman web PSS diberikan.
Semua peserta terlibat dengan aktif dan menimba banyak ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai dibawa balik ke sekolah dan diaplikasikan untuk kepentingan pendidikan pelajar dan sekolah.


;

AJK KERJA PSS 2010