BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Penggredan PSS

Penggredan PSS SMSTJ telah dijalankan pada 18 Ogos 2009 (Selasa ) oleh En. Ramlee dari PKG Kuala Pilah. En. Ramlee telah melawat makmal komputer baru dan PSS. Beliau juga melihat semua fail yang berkaitan dengan PSS. Banyak idea telah dikemukakan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi dokumentasi dan aktiviti PSS.
Secara keseluruhannya, PSS SMSTJ telah memenuhi banyak elemen penggredan dan berjaya menjadikan pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Minggu PSS


Minggu PSS telah berlangsung dari 21-25 Julai 2009. Tujuan mengadakan Minggu PPS adalah untuk memberikan peluang kepada warga SMSTJ untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PSS.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah oleh Encik Ahmad Naim Jaafar (Pengarang "Apa Bakat Saya?") , Pameran buku , Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Ulasan Buku , Pertandingan Teka Silangkata , ‘Scrabble Competition’ , Pertandingan Power Point Dokumentasi Sekolah , Pertandingan Project Based Learning , Pertandingan Peta Minda , Pertandingan Tulisan Khat dan Pertandingan Pembaca Terbanyak.
Minggu PSS ini telah berjalan dengan berjaya dan lancar dengan kerjasama semua jawatankuasa kerja PSS dan pengawas PSS serta penglibatan pelajar-pelajar dan guru-guru SMSTJ.

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas PSS

Majlis ini telah diadakan pada 15 Julai 2009 di Gapura Ilmu pada pukul 3.30 petang. Pn. Salwati bt. Setia (GPK HEM) telah menyerahkan watikah ini kepada 30 orang pengawas PSS. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru penyelaras bilik. Pengawas PSS tahun 2009 ini disarankan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti pengurusan PSS SMSTJ. Majlis ini disudahi dengan sesi mengambil gambar.

Operasi Mencari Buku Gapura Ilmu

Operasi ini telah dijalankan pada bulan April hingga Julai 2009. Objektif operasi ini adalah untuk mencari buku Gapura Ilmu yang terletak di sekitar kawasan sekolah dan mengemaskini buku rekod Gapura Ilmu. Pelajar yang berjaya mencari buku yang dicop Gapura Ilmu akan diberi 2 mata merit per buku. Pengetua, guru, staf sokongan dan pelajar telah menyertai operasi ini. Akhirnya jumlah buku yang berjaya dikumpulkan ialah 60buah. Kerjasama semua warga SMSTJ amat dihargai oleh PSS.

Satu Keluarga Satu Buku

Kempen Satu Keluarga Satu Buku telah dijalankan pada bulan April hingga Julai 2009 di SMSTJ. Objektif kempen ini adalah untuk menambahkan bilangan buku di Gapura Ilmu / perpustakaan.
Ibu bapa pelajar amat menyokong kempen ini. PSS telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada kempen ini sebanyak RM 1870.00.
Kelas yang memberikan sumbangan yang terbanyak ialah 2 al-Farabi iaitu RM 800.00. Manakala sumbangan individu yang terbanyak ialah Azham Azizi b Jemmani dari kelas 2 al-Farabi.
PSS akan menggunakan sumbangan daripada kempen ini untuk membeli lebih banyak buku yang diminati oleh pelajar di sekolah ini.


;

AJK KERJA PSS 2010