BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR

Empat orang pelajar Universiti Teknologi Mara Johor telah datang melawat ke PSS SMSTJ pada 12 Mac 2010.
Mereka yang diketuai oleh saudara Mohd. Syafiq b Hamdan ialah pelajar yang mengambil Program Dilpoma Pengajian Maklumat. Sebagai salah satu keperluan kursus, mereka dikehendaki melakukan satu penyelidikan dalam subjek "Digital Resource Center" dan mereka telah memilih PSS SMSTJ untuk tujuan tersebut.
Pada pukul 9.30pagi, mereka telah sampai di PSS SMSTJ dan disambut oleh Pn. Ooi (Penyelaras PSS). Satu sesi temuramah telah dijalankan. Antara maklumat yang diperlukan oleh mereka ialah latar belakang PSS, kemudahan yang disediakan, perkhidmatan yang disediakan, koleksi perpustakaan, sumber kewangan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Seterusnya Pn. Ooi menunjukkan pengoperasian sistem automasi pemprosesan buku 'S-Lib' kepada mereka. Selain itu, mereka juga dibawa untuk melawat bilik BBM dan bilik Kuliah. Sebelum mengakhiri lawatan, Pn. Ooi memberikan brosur PSS dan maklumat PSS dalam bentuk softcopy untuk memudahkan penyelidikan mereka.
Lawatan ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Semoga segala maklumat yang dibekalkan dapat membantu mereka dalam membuat penyelidikan. PSS SMSTJ berasa amat gembira kerana dipilih sebagai salah satu organisasi yang menjadi pusat penyelidikan pelajar Universiti Teknologi Mara Johor.

1 comments:

Uncle TeLL said...

HALO & SALAM

KAMI PELAJAR UITM SEGAMAT MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN OOI DAN PIHAK SEKOLAH MENENGAH SAINS TUNKU JAAFAR KERANA SUDI MENERIMA KAMI UNTUK MELAKUKAN PENYELIDIKAN KE SEKOLAH PUAN DAN TUAN.

SELAIN ITU JUGA, KAMI JUGA BERHARAP GAPURA ILMU TERUS MAJU UNTUK MENYAMPAIKAN MAKULMAT.


;

AJK KERJA PSS 2010