BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

KEMPEN SATU KELUARGA SATU BUKU

Kempen Satu Keluarga Satu Buku diadakan untuk memperbanyakkan bahan bacaan di PSS. Pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa pelajar SMSTJ untuk bersama-sama menjayakan kempen ini dengan memberi sumbangan ikhlas dalam bentuk wang untuk membolehkan pihak sekolah membeli buku-buku yang sesuai untuk bacaan anak-anak pelajar di sekolah ini. Semoga dengan usaha ini, akan dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang celik ilmu serta mampu berfikir tinggi. Hadiah istimewa akan diberi kepada kelas yang dapat memberi sumbangan yang terbanyak. Diharapkan kempen ini berjaya diadakan dan dapat menambahkan lagi koleksi buku PSS pada tahun 2010.

KEMPEN SATU GURU SATU BUKU

Kempen Satu Guru Satu Buku telah dijalankan untuk menambahkan bilangan buku di PSS. Setiap orang guru digalakkan untuk menyumbangkan buku atau sumbangan dalam bentuk duit kepada PSS. Risalah dan borang permohonan sumbangan telah diedarkan kepada para guru mulai bulan Mac. Untuk menggalakkan para guru menyertai kempen ini, PSS telah mengadakan satu pertandingan kepada guru-guru. Hadiah istimewa akan diberikan kepada guru yang memberi sumbangan yang terbanyak sama ada dalam bentuk buku atau sumbangan. Para guru diminta menyerahkan sumbangan atau buku kepada Pn. Ooi (Penyelaras PSS) sebelum 31 Mac 2010. Diharapkan semua guru menyokong kempen Satu Guru Satu Buku.

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR

Empat orang pelajar Universiti Teknologi Mara Johor telah datang melawat ke PSS SMSTJ pada 12 Mac 2010.
Mereka yang diketuai oleh saudara Mohd. Syafiq b Hamdan ialah pelajar yang mengambil Program Dilpoma Pengajian Maklumat. Sebagai salah satu keperluan kursus, mereka dikehendaki melakukan satu penyelidikan dalam subjek "Digital Resource Center" dan mereka telah memilih PSS SMSTJ untuk tujuan tersebut.
Pada pukul 9.30pagi, mereka telah sampai di PSS SMSTJ dan disambut oleh Pn. Ooi (Penyelaras PSS). Satu sesi temuramah telah dijalankan. Antara maklumat yang diperlukan oleh mereka ialah latar belakang PSS, kemudahan yang disediakan, perkhidmatan yang disediakan, koleksi perpustakaan, sumber kewangan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Seterusnya Pn. Ooi menunjukkan pengoperasian sistem automasi pemprosesan buku 'S-Lib' kepada mereka. Selain itu, mereka juga dibawa untuk melawat bilik BBM dan bilik Kuliah. Sebelum mengakhiri lawatan, Pn. Ooi memberikan brosur PSS dan maklumat PSS dalam bentuk softcopy untuk memudahkan penyelidikan mereka.
Lawatan ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Semoga segala maklumat yang dibekalkan dapat membantu mereka dalam membuat penyelidikan. PSS SMSTJ berasa amat gembira kerana dipilih sebagai salah satu organisasi yang menjadi pusat penyelidikan pelajar Universiti Teknologi Mara Johor.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR 2010


Majlis ini diadakan pada 25 Februari 2010 (Khamis) di Dewan Bestari SMSTJ pada pukul 8.00 pagi. Semua guru dan pelajar telah menghadiri majlis pemnyampaian watikah pelantikan kepimpinan pelajar.
Majlis ini buat julung kali diadakan di SMSTJ untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada EMPAT badan kepimpinan iaitu Pemimpin Pelajar, BADAR, PRS dan pengawas PSS yang merangkumi 310 orang pelajar.
Majlis ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu Tn. Hj. Mat Rohani B. Kamar (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah ).Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. Seterusnya penyerahan watikah pelantikan kepada empat Majlis Tertinggi badan kepimpinan. Selepas itu, bacaan ikrar oleh barisan kepemimpinan pelajar dijalankan. Majlis ini diakhiri dengan jamuan untuk para guru dan tatamu kehormat.
PSS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemimpin yang baru dilantik terutamanya 30 orang pengawas PSS.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS KALI 1 2010

Mesyuarat induk ini telah diadakan pada 2 Februari 2010 di Gapura Ilmu pada pukul 3.00 petang.
Pengetua mempengerusikan mesyuarat ini dengan kehadiran semua AJK.

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS 2009 yang memberi komitmen tinggi kerana mengekalkan gred A, memenangi Anugerah Kualiti dalam Dokumentasi Terbaik dan memenangi Pertandingan Blog PSS Tempat Ketiga Kategori Sekolah Menengah. Beliau mengharapkan barisan pengurusan PSS 2010 meneruskan komitmen dan sama hebat dengan PSS sekolah lain supaya dapat bersaing dan dicalon ke peringkat kebangsaan.

Dalam mesyuarat ini, penyelaras PSS telah membentangkan laporan PSS tahun 2009 dan perancangan aktiviti tahun 2010.

Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 5.00petang.

MESYUARAT AGONG PENGAWAS PSS

Mesyuarat Agung Pengawas PSS telah diadakan pada 12 Januari 2010 di Gapura Ilmu pada pukul 4.00 petang.
Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah perlantikan AJK baru, pembahagian biro dan tugas serta pengurusan PSS.
Seramai 16 orang Pengawas PSS telah menghadiri mesyuarat ini. Mereka juga dimaklumkan supaya mula bertugas pada 18 Januari 2010.
Tahniah diucapkan kepada para AJK baru yang dilantik. Semoga semua Pengawas PSS akan terus memberikan khidmat murni mereka pada tahun 2010.

PENGAMBILAN PENGAWAS PSS BARU

Pengambilan pengawas PSS baru diadakan pada bulan Januari 2010. Pengambilan ini terbuka kepada para pelajar Tingkatan 1, 3 dan 4. Para pelajar yang berminat untuk berkhidmat kepada sekolah, bertanggungjawab, rajin dan berdedikasi digalakkan untuk mendaftar menjadi pengawas PSS.
Tarikh penutup pengambilan adalah pada 1 Februari 2010. Sesi temuduga pula akan diadakan pada 4 Februari 2010 di Gapura Ilmu pada pukul 3.30 petang.
Sila mendaftar nama anda kepada penyelaras PSS Pn. Ooi secepat mungkin kerana tempat kosong adalah terhad.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN 2009

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan program Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN 2009 pada 25 November 2009 di BTPM Port Dickson.
PSS SMSTJ telah memenangi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Blog PSS Kategori Sekolah Menengah. Pn. Hjh. Noorizan bt Abd Latif selaku Pengetua Kanan SMSTJ telah menerima sebuah piala, sijil dan cenderamata sebagai tanda penghargaan.
Anugerah ini merupakan pencapaian yang terbesar disambut oleh PSS SMSTJ. Tahniah diucapkan kepada PSS.


;

AJK KERJA PSS 2010